Sunday, 27 October 2013

DOA UNTUK AKU  

Pada waktu rehat, teman-teman semuanya keluar makan. Aku bersendirian ,masih duduk di meja kerja.Di hadapanku ada limau -limau madarin yang berselerak.Esok Tahun Baru Cina,maka perlu ada suasana tahun baru.

     Aku bersandar ke kerusi dan menutup mata.Aku membayangkan ada tangan kasar yang memagang pudak sebelah kiriku dengan lembut.Aku berpaling ke belakang. Seorang tua berkerut.Pelahan-lahan tangan kanan lelaki tua itu lucut dari pudakku.

"Arahkan saya berdoa'. kata lelaki tua itu.

                                                   Aku diam.

                 "Saya boleh memberikan kamu doa". kata lelaki tua lagi.

                                                   Aku diam. 

Lelaki tus itu menjongketkan kening.
 
"Aku mengaru kepala. 'Doa yang bagaimana?"

Lelaki tua irtu tersenyum lalu berkata, "Doa berkenan kebaikan dan kerjahteraan kamu."

"Mengapa perlu kamu berdoa untuk saya?"

                                                     Aku bingung.

"Kerana  doa kamu kosong".

                  Lalu aku mengerut dahi dan meneliti lelaki tua di hadapan aku, dari kali hingaa rambut. Mengapa lelaki tua ini menuduh doa aku kosong?

                                       "Kamu ini sesiapa?" tanya lanjut.

                     "Kamu tidak kenal saya? Saya adalah jiwa kamu.Saya tua kerana tidak lagi diberi makan dengan doa-doa kamu yang ikhlas. Lalu hitan kulit saya tegang menjadi kecut, rambut hitam menjadi putih , tubuh yang lincah kini pelahan. dan saya sihat kini sakit." Orang tua itu berkata sambil mengangguk-mengangguk .

                  "Namun saya tidak berjanggut." kataku sambil mngusap dagu.

                 "Eh maaf. Saya terlebih -lebih . Memang kamu tidak berjanggut." kata lelaki tua itu, lalu janggut putihnya hilang serta-merta.


                "Tolong, arahkan saya berdoa untuk kamu rayu lelaki tua itu.

               Aku diam. Dahi cuba aku tegangkan kembali sedetik kemudian aku berkata,"Sekirangnya kamu jiwa saya, mengapa kamau tidak berdoa sahaja ? mengapa perlu saya yang mengarahkan kamu berdoa?"

            "Seperti yang saya beritahu, saya adalah jiwa kamu yang lelah , lapar dan tua .Kamu  memang ada doa, namun kamu berdoa tidak melalui saya, Doa kamu hanya pada lidah .kamu hanya mengarahkan lidah kamu yang berdoa, tidak mengarahkan saya. Kamu tidak berdoa menerusi jiwa. Doa kamu sombong dan kosong.Tiada rintihan , tidak bersungguh, dan tidak ikhlas. Saya mohon kamu berdoa melalui saya.Memohon saya yang berdoa kepada tuhan."

               "Jadi tolong arahkan saya, jiwa kamu ini, berdoa sesuatu berkenaan diri kamu.Sekiranya tidak, pasti saya mati. Jangan hanya melalui lidah .Saya sudah tidak mampu lagi bertahan," terang lelaki itu. Kedua-dua tangannya memegang pundak kanan dan kiri aku.

            Aku diam.

                Aku membuka mata, lalu berpaling ke belakang. Nyata lelaki tua dan sudah tiada.Sekarang masih waktu zuhur. pasti lelaki tua itu berharap aku mengarahkannya berdoa.